Detik 3 April 2005 pasti sukar kulupakan. Pagi Isnin tersebut merupakan hari pertama persekolahan bagiku, abangku dan adik-adikku yang lain. Aku dapat melihat perubahan pada sikap dan tingkah laku abangku sewaktu pergi dan pulang dari sekolah. Sikapnya seolah-olah dia sudah mengerti peristiwa yang akan menimpa dirinya.
Pada sebelah petang, aku dan adik-adik ku bersiap-siap untuk ke sekolah agama. Kami menunggang basikal bersama-sama menuju ke Sekolah Agama Bagan. Dalam perjalanan ke sekolah, aku mula terfikirkan sesuatu. Aku berasa hairan kerana abangku meletakkan pakaian sekolahnya pagi tadi di dalam mesin pencuci sedangkan masih bersih lagi.
Tepat jam 6.30 petang, kami pulang ke rumah. Abangku masih belum tiba. Aku terus menyandarkan basikal kargo ku di tiang rumah. Aku berjalan-jalan di halaman rumahku sambil melihat ibu sedang menyiram pokok-pokok bunga kesayangannya. Sedang aku leka, tiba-tiba terdengar bunyi hentaman yang kuat. Bapaku yang sedang membaca akhbar bingkas bangun lalu berlari menuju ke jalan raya.
Alangkah terkejutnya bapaku setelah melihat abangku tertiarap di tengah jalan raya di dapan rumahku setelah dilanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi. Bapaku serta-merta melaung memanggil nama abangku. Aku turut sama memberanikan diri melihat keadaan abangku yang tidak bergerak-gerak lagi.
Sementara itu bapaku segera memapah abang ku ke bahu jalan untuk cuba menyedarkannya. Jiranku yang menyaksikan kejadian itu keluar rumah dengan membawa segelas air masak untuk direnjis dimuka abangku. Namun tiada sebarang tindak balas. Ketika itulah aku melihat darah keluar dari hidung dan telinga abangku. Perasaan sedih ketika itu sudah tidak dapat kusimpan lagi.
Aku bingkas berlari kerumah untuk menelefon ambulans. Setelah menunggu beberapa ketika, ambulans tidak juga kelihatan. Aku melihat bapaku berlari kerumah untuk mengeluarkan kereta dari garaj. Abangku telah dibawa ke hospital. Penunggang motosikal turut pengsan dan dipapah oleh jiranku untuk dibawa ke hospital.
Tiba di hospital, abangku telah diberikan bentuan kecemasan. Ibuku, bapaku dan aku sendiri menunggu dengan penuh debaran bercampur kegelisahan. Setelah setengah jam berlalu, doctor yang bertugas keluar dengan tergesa-gesa. Doctor memaklumkan peluang hidum abangku hanya 50 peratus. Doctor juga membuat keputusan untuk memindahkan abangku ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.
Setelah koma hampir sebulan, abangku telah dipindahkan semula ke Hospital Batu Pahat. Ibu bapaku bergilir-gilir menjaga abangku setiap hari. Aku juga tidak putus-putus melawat abangku yang kudapati tubuhhya semakin kurus seperti penagih dadah. Di rumah aku tidak lupa berdoa dan bersolat hajat memohon kepada Tuhan agar abangku segera pulih.
Setelah beberapa bulan di hospital, abangku dibenarkan pulang. Akulah insan yang paling gembira kala itu. Namun keadaan abangku tidak seperti orang lain. Selama tiga bulan abangku makan dan minum melalui tiub. Ibuku terpaksa menghancurkan makanan seperti bubur nasi, sayur dan sebagainya untuk disalurkan ke dalam tiub abangku.
Pada bulan Mac 2007, abangku sudah boleh makan dan minum seperti biasa. Namun abangku masih memakai lampin pakai buang. Abangku mula menunjuk kan perubahan mendadak menjelang syawal 2007. Aku melihat abangku sudah boleh mengeluarkan suara dan berinteraksi denganku. Aku cuba memahami pertuturannya tetapi hampa. Percakapan abangku kedengaran kurang jelas.
Kini abangku sudah boleh bersuara. Dia menceritakan kejadian pada hari kemalangan itu berlaku. Abangku memberitahu ada sebuah motosikal yang ditunggang laju gating dari arah belakang. Abang yang tidak sempat mengelak telah dilanggar. Akibatnya abangku tercampak lebih kurang dua tiang lampu jalan raya.
Sehingga kini abangku masih tidak boleh berjalan walaupun perbagai usaha dilakukan ibu dan bapaku. Abangku turut dibawa ke hospital tiga kali seminggu untuk menjalani senaman bagi menguatkan otot kakinya. Aku pasrah pasrah dengan keadaan abangku yang tidak dapat bergurau senda denganku lagi seperti yang sering kami lakukan dahulu. Namun jauh disudut hatiku, aku sentiasa mengharapkan Tuhan akan menyembuhkan kesakitan dan kesengsaraan yang abangku alami. Musah-mudahan suatu hari nanti sinar kebahagiaan akan menyinari kami sekeluarga. Hanya satu yang aku ingin kau tahu abangku… aku terlalu menyayangimu
AL FATIHAH..GONE BUT NOT FORGOTTEN
8 years ago
0 comments:
Post a Comment